Segalanya tentang orkid.Baja,buku panduan,lokasi nurseri,nurseri orkid,orkid untuk dijual,orkid untuk ditukar dan segala-galanya disini

Pemberitahuan

Laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.Anda mungkin mengalami masalah ataupun ganguan untuk melayari laman ini.Kiranya hal ini terjadi,pihak Maza memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi .

Harap Maklum
Showing posts with label Buku Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Buku Rujukan. Show all posts

Rujukan Terbaru...Nantikan Kemunculan!


Nantikan keluaran kedua  edisi Variasi Teknik Menanam dan Menjaga Orkid : Teknik Menanam dan Menjaga 300 Orkid Liar.
Akan berada dipasaran.
Read more

Teknik Menanam dan Menjaga Orkid

Teknik Menanam dan Menjaga Orkid
Khairi Nordin

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-689-4
Halaman: ~160
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 1 Mei 2011
Kategori: Umum

Sinopsis
VARIASI TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA ORKID merupakan sebuah buku yang harus dimiliki oleh penggemar atau pengumpul orkid untuk dijadikan koleksi rujukan di rumah. Buku ini berkongsi pelbagai panduan yang mudah dan praktikal kepada yang berminat untuk memulakan penanaman orkid sama ada sebagai hobi atau sumber pendapatan. Di antara topik menarik yang dikongsikan dalam buku ini:

• Sejarah orkid sebagai bunga hiasan
• Mengenali jenis-jenis orkid
• Senarai dan foto orkid yang berbau wangi sebagai koleksi
• Teknik penanaman dan pembiakan orkid
• Panduan sistem penyiraman dan pembajaan orkid
• Panduan mengenal pasti penyakit dan pemilihan racun
• Panduan membeli dan membungakan kembali orkid
• Teknik kacukan orkid
• Orkid sebagai sumber pendapatan lumayan
• Teknik alternatif pemasaran orkid

Read more

Variasi Dunia Orkid


      Variasi Dunia Orkid
      Hamdan Osman

      Harga: RM 19.90
      ISBN: 978-983-124-3466
      Halaman: ~176
      Bahasa: Bahasa Melayu
      Berat: 550 gram
      Tarikh Terbit: 1 Feb 2008
      Kategori: Umum
       
      Sinopsis
      VARIASI DUNIA ORKID amat bermanfaat bagi setiap golongan penggemar orkid. Bagi mereka yang baru memulakan hobi ini, buku ini dapat membantu dalam setiap aspek dan selok-belok penanaman orkid. Bagi mereka yang sudah berpengalaman, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mengenali jenis-jenis penyakit dan serangga perosak agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

      Berdasarkan ilmu yang dikongsi bersama ini, pasti lebih ramai akan berasa yakin untuk memulakan atau memperbanyakkan lagi koleksi orkid mereka. Akhirnya, cabang hobi ini akan memberikan kepuasan yang sebenarnya dan tidak mustahul boleh dijadukan sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan.

      Di antara topik utama:

      * Panduan membeli dan memilih orkid
      * Menanam dan memelihara orkid dengan betul
      * Cara-cara pembiakan orkid
      * Penyakit serta cara mengawalnya
      * Pertandingan dan pameran orkid
      * Idea-idea lanskap, gubahan Ikebana dan hiasan berasaskan orkid
      * Senarai lengkap semua nama genera orkid, dari A-Z melebihi 1100 kesemuanya
      * Lebih dari 300 gambar orkid berwarna beserta dengan namanya.
        Read more